Monday, March 15, 2010

TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

Pendidikan di Malaysia telah mengalami banyak perubahan semenjak negara mencapai kemerdekaan. Pendidikan sebagai agen perubahan memainkan peranan penting dalam pembangunan sesebuah negara. Di Malaysia, pendidikan sebagai proses membangun modal insan meletakkan tanggungjawab yang besar kepada sekolah. Ini bermakna, tugas mendidik anak bangsa terletak di bahu guru-guru di sekolah. Guru-guru menyampaikan ilmu dan pelajaran kepada murid-murid melalui pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah. Dalam era globalisasi sekarang ini, guru-guru haruslah melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi terkini, untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran yang efisen.

1 comment:

  1. Cikgu Ros, Kucing mu asyik tido je. Bab pe? Kita cite hal ICT la ye. Kebaikan ICT memang telah terbukti keberkesanannya. Cuma kita sebagai pentadbir amat berperanan dalam memantau guru-guru dalam mempastikan mereka menggunakan ICT dalam P & P dengan berkesan kerana kejayaan dan kecemerlangan sekolah bergantung kepada kemantapan mereka menggunakan ICT.
    Saya juga menggunakan ICT dalam banyak perkara terutama mencari bahan-bahan ilmiah. Kalau nak kata kunci yang ilmiah, mohon la pada saya. TQ

    ReplyDelete